Monday, December 4, 2017

Sekolah Untuk Iman

Semalam 30.10.2017 tercuti saya dan MKA memilih tadika untuk Iman
.
memang perancangan awal nak masuk Iman ke Tadika At Tibyan
.
 Tadika At Tibyan

  • Satu laluan ke rumah pengasuh dan ke tempat kerja
  • Yuran yang berpatutan
  • Tadika Islam
namun pagi ni lebih kurang jam 7.30 tadika masih belum buka, banner @ nama tadika pun tiada. Sebelum ini, ada 'bunting' mengenai kewujudan tadika ni. Oleh itu, saya dan MKA beranggapan tadika tersebut ditutup.
.
Seterusnya kami ke
.
 Tadika Perpaduan Taman Permai 2
  • Berdekatan rumah pengasuh (lepas habis sekolah Iman boleh balik rumah pengasuh)
  • Tadika Pak Su Iman, Haarith n Hakim
  • Atuk n nenek kata boleh jemput Iman balik (saya elak sebolehnya, mama dan papa dah pencen . Ada aktiviti sendiri. Saya kalau boleh tak ganggu aktiviti mama dan papa saya. terima kasih mama dan papa)
dekat Tadika Perpaduan Taman Permai 2 ni jumpa dengan Puan Rien, ambil borang. MKA kata jom  buat salinan dokumen untuk hantar bersama borang. Semasa sedang minum MKA bagi cadangan Tadika Taski ABIM Taman Bukit Chedang.
.
Taski ABIM Taman Bukit Chedang
  • Tadika di Bangunan Balai Raya.
  • Tadika Islam
tadika ni di Bukit Chedang, sessi pembelajaran pagi hingga tengah hari sahaja. Cikgu taski cadang hantar transit ke Tadika Mutiara Iltizam. MKA cadang jom tengok Tadika Mutiara Iltizam.
.
Tadika Mutiara Iltizam
  • Tadika bangunan rumah teres dua tingkat.
  • Berdekatan jalan besar
  • Aktiviti sekolah yang santai
  • Persediaan untuk ke darjah 1
hasil perbincangan dengan walid Iman, mama n walid pilih untuk daftar Iman di Tadika ni.

moga Iman enjoy alam tadika, jadi insan yang berjaya di akhirat dan di dunia
& mudah mama dan walid hantar dan jemput Iman ye sayang.





No comments:

Post a Comment

Portfolio baru

 Tahun 2023, mula dengan portfolio kerja yang baru. Proses Permohonan Nota Minta & Pesanan Tempatan/ Inden Kerja / Penyediaan Waran Udar...