Monday, October 30, 2017

Hakim Jatuh Lagi

hari Sabtu 19.8.2017 MKA kerja. MKA balik lewat (dalam jam 5.30 petang) MKA sampai rumah makan pastu tidur.
.
rajinnya saya, mop lantai petang tu. Iman Hakim Haarith dalam bilik tv tengok kartun. Saya tak perasan Hakim ikut sama. Tiba2 dengar Hakim nangis baring atas lantai. Hakim jatuh terlentang.
.
Pujuk Hakim. baring atas katil sambil minum susu. 45 minit lepas tu Hakim muntah, ok jom mandi masam. muntah keluar semua nasi + susu. siap mandi wangi balik dah, 30 minit kemudian muntah lagi.
.
Rasa tak sedap hati msg Fatimah(kawan masa sekolah, sekarang bertugas di HTJ) anak saya jatuh dan muntah-muntah. Fatimah syorkan bawa hospital segera.
.
Semakin berdebar, saya siapkan beg Iman dan Haarith. baju, pampers, susu, botol susu. Andai kena tahan wad, mudah MKA dan Iman & Haarith nanti. Beg baju Hakim pun sama saya siapkan (susu tepung, botol susu, pampers ). Dalam perjalanan ke hospital risau pulak Iman dan Haarith nanti nak tinggal dengan siapa. Hakim masih muntah-muntah lagi.
.
Cadang tinggal Iman dan Haarith rumah mama la. telefon mama, mama tak de rumah, dalam perjalanan balik dari Port Dickson. Jadi janji dengan mama, kita jumpa di kecemasan HTJ. terima kasih mama, papa, Pak Teh n Pak Usu.
.
Sebelum sampai hospital siap-siap keluarkan mykid Hakim dan kad pengenalan saya. Senang nanti terus pergi kaunter pendaftaran. Saya dan Hakim turun dulu. terus pergi kaunter pendaftaran, tunjuk mykid.
.
Staff kaunter pendaftaran cekap, terus ambil mykid untuk daftar sambil tunjuk bahagian saringan (depan pintu red zon) sebab Hakim masih bayi. Siap daftar mama bagi tau dah sampai dan jumpa Iman dan Haarith. mama tunggu sekejap, agak lama di bahagian saringan, Hakim muntah sekali lagi. kami faham (first come first serve) malah ada kes yang lebih teruk tetap kena ikut giliran.
.
Dr 1 ambil maklumat dan periksa keadaan Hakim, rujuk Dr 2. Dr 2 hantar Hakim ke zon kuning. Dr 3 (di zon kuning) rujuk maklumat dari zon saringan, tanya situasi Hakim jatuh. check kepala Hakim ok (tiada benjolan dan cecair yang keluar), anggota badan boleh lentur (good), Dr 3 nak tengok tekak, masuk kan batang aiskrim besar, lepas tu Hakim muntah. warna kuning mungkin itu yang terakhir dalam perut Hakim.
.
Dr 3 kata nampak semua ok. tiada ada masalah. aku minta izin bagi susu. Dr 3 tak benarkan takut muntah lagi. baik!!! Hakim melepet je dekat badan MKA. Dr 4 Check semula. Tunggu Dr 5 Dr Amin Omar bagi kata putus. Dr 5 cadang pantau Hakim sampai esok pagi. sebab untuk X-ray dan CT Scan amat tidak digalakkan untuk kanak-kanak, kecuali keadaan benar-benar mendesak. Alhamdullillah keadaan Hakim terkawal. Jadi, bermalam ye di hospital untuk pemantauan.
.
Wad pemantauan sekarang wad hemodialisis lama. dalam tu ada 8 katil dewasa 4 katil kanak-kanak. Hakim terus baring bila nampak katil. memang waktu tidur Hakim waktu ni dalam 9.50 malam. Kesian Hakim, dari tadi nak tidur. Kami tak bagi, sebab takut Hakim pengsan terus. kejap tu MKA pun balik rumah. Telefon mama, MKA nak jemput Iman Dan Haarith. mama kata biar tidur Iman dan Hakim tidur rumah mama je malam ni.
.
alhamdullillah Hakim boleh tidur dengan tenang. bonus tidur atas mama. tenang je tengok Hakim tidur. Jam 6 pagi Dr 5 datang tengok keadaan Hakim. Dr 5 puas hati, Hakim boleh balik dah..yeay.
.
mama jadi fobia lantai basah..

30.10.2017 malam tadi Hakim jatuh lagi.

mama takut berulang lagi macam di atas. Alhamdullillah Hakim ok. pahlawan mama.
Hakim lawan ngantuk. ngantuk2 masih jalan (terhuyung-hayang)





Portfolio baru

 Tahun 2023, mula dengan portfolio kerja yang baru. Proses Permohonan Nota Minta & Pesanan Tempatan/ Inden Kerja / Penyediaan Waran Udar...