Monday, December 4, 2017

Sekolah Untuk Iman

Semalam 30.10.2017 tercuti saya dan MKA memilih tadika untuk Iman
.
memang perancangan awal nak masuk Iman ke Tadika At Tibyan
.
 Tadika At Tibyan

  • Satu laluan ke rumah pengasuh dan ke tempat kerja
  • Yuran yang berpatutan
  • Tadika Islam
namun pagi ni lebih kurang jam 7.30 tadika masih belum buka, banner @ nama tadika pun tiada. Sebelum ini, ada 'bunting' mengenai kewujudan tadika ni. Oleh itu, saya dan MKA beranggapan tadika tersebut ditutup.
.
Seterusnya kami ke
.
 Tadika Perpaduan Taman Permai 2
  • Berdekatan rumah pengasuh (lepas habis sekolah Iman boleh balik rumah pengasuh)
  • Tadika Pak Su Iman, Haarith n Hakim
  • Atuk n nenek kata boleh jemput Iman balik (saya elak sebolehnya, mama dan papa dah pencen . Ada aktiviti sendiri. Saya kalau boleh tak ganggu aktiviti mama dan papa saya. terima kasih mama dan papa)
dekat Tadika Perpaduan Taman Permai 2 ni jumpa dengan Puan Rien, ambil borang. MKA kata jom  buat salinan dokumen untuk hantar bersama borang. Semasa sedang minum MKA bagi cadangan Tadika Taski ABIM Taman Bukit Chedang.
.
Taski ABIM Taman Bukit Chedang
  • Tadika di Bangunan Balai Raya.
  • Tadika Islam
tadika ni di Bukit Chedang, sessi pembelajaran pagi hingga tengah hari sahaja. Cikgu taski cadang hantar transit ke Tadika Mutiara Iltizam. MKA cadang jom tengok Tadika Mutiara Iltizam.
.
Tadika Mutiara Iltizam
  • Tadika bangunan rumah teres dua tingkat.
  • Berdekatan jalan besar
  • Aktiviti sekolah yang santai
  • Persediaan untuk ke darjah 1
hasil perbincangan dengan walid Iman, mama n walid pilih untuk daftar Iman di Tadika ni.

moga Iman enjoy alam tadika, jadi insan yang berjaya di akhirat dan di dunia
& mudah mama dan walid hantar dan jemput Iman ye sayang.





Monday, October 30, 2017

Hakim Jatuh Lagi

hari Sabtu 19.8.2017 MKA kerja. MKA balik lewat (dalam jam 5.30 petang) MKA sampai rumah makan pastu tidur.
.
rajinnya saya, mop lantai petang tu. Iman Hakim Haarith dalam bilik tv tengok kartun. Saya tak perasan Hakim ikut sama. Tiba2 dengar Hakim nangis baring atas lantai. Hakim jatuh terlentang.
.
Pujuk Hakim. baring atas katil sambil minum susu. 45 minit lepas tu Hakim muntah, ok jom mandi masam. muntah keluar semua nasi + susu. siap mandi wangi balik dah, 30 minit kemudian muntah lagi.
.
Rasa tak sedap hati msg Fatimah(kawan masa sekolah, sekarang bertugas di HTJ) anak saya jatuh dan muntah-muntah. Fatimah syorkan bawa hospital segera.
.
Semakin berdebar, saya siapkan beg Iman dan Haarith. baju, pampers, susu, botol susu. Andai kena tahan wad, mudah MKA dan Iman & Haarith nanti. Beg baju Hakim pun sama saya siapkan (susu tepung, botol susu, pampers ). Dalam perjalanan ke hospital risau pulak Iman dan Haarith nanti nak tinggal dengan siapa. Hakim masih muntah-muntah lagi.
.
Cadang tinggal Iman dan Haarith rumah mama la. telefon mama, mama tak de rumah, dalam perjalanan balik dari Port Dickson. Jadi janji dengan mama, kita jumpa di kecemasan HTJ. terima kasih mama, papa, Pak Teh n Pak Usu.
.
Sebelum sampai hospital siap-siap keluarkan mykid Hakim dan kad pengenalan saya. Senang nanti terus pergi kaunter pendaftaran. Saya dan Hakim turun dulu. terus pergi kaunter pendaftaran, tunjuk mykid.
.
Staff kaunter pendaftaran cekap, terus ambil mykid untuk daftar sambil tunjuk bahagian saringan (depan pintu red zon) sebab Hakim masih bayi. Siap daftar mama bagi tau dah sampai dan jumpa Iman dan Haarith. mama tunggu sekejap, agak lama di bahagian saringan, Hakim muntah sekali lagi. kami faham (first come first serve) malah ada kes yang lebih teruk tetap kena ikut giliran.
.
Dr 1 ambil maklumat dan periksa keadaan Hakim, rujuk Dr 2. Dr 2 hantar Hakim ke zon kuning. Dr 3 (di zon kuning) rujuk maklumat dari zon saringan, tanya situasi Hakim jatuh. check kepala Hakim ok (tiada benjolan dan cecair yang keluar), anggota badan boleh lentur (good), Dr 3 nak tengok tekak, masuk kan batang aiskrim besar, lepas tu Hakim muntah. warna kuning mungkin itu yang terakhir dalam perut Hakim.
.
Dr 3 kata nampak semua ok. tiada ada masalah. aku minta izin bagi susu. Dr 3 tak benarkan takut muntah lagi. baik!!! Hakim melepet je dekat badan MKA. Dr 4 Check semula. Tunggu Dr 5 Dr Amin Omar bagi kata putus. Dr 5 cadang pantau Hakim sampai esok pagi. sebab untuk X-ray dan CT Scan amat tidak digalakkan untuk kanak-kanak, kecuali keadaan benar-benar mendesak. Alhamdullillah keadaan Hakim terkawal. Jadi, bermalam ye di hospital untuk pemantauan.
.
Wad pemantauan sekarang wad hemodialisis lama. dalam tu ada 8 katil dewasa 4 katil kanak-kanak. Hakim terus baring bila nampak katil. memang waktu tidur Hakim waktu ni dalam 9.50 malam. Kesian Hakim, dari tadi nak tidur. Kami tak bagi, sebab takut Hakim pengsan terus. kejap tu MKA pun balik rumah. Telefon mama, MKA nak jemput Iman Dan Haarith. mama kata biar tidur Iman dan Hakim tidur rumah mama je malam ni.
.
alhamdullillah Hakim boleh tidur dengan tenang. bonus tidur atas mama. tenang je tengok Hakim tidur. Jam 6 pagi Dr 5 datang tengok keadaan Hakim. Dr 5 puas hati, Hakim boleh balik dah..yeay.
.
mama jadi fobia lantai basah..

30.10.2017 malam tadi Hakim jatuh lagi.

mama takut berulang lagi macam di atas. Alhamdullillah Hakim ok. pahlawan mama.
Hakim lawan ngantuk. ngantuk2 masih jalan (terhuyung-hayang)





Monday, June 5, 2017

HARI AHAD ADA TAMU

Sabtu malam Iman lambat tidur..kul 1 pagi belum tidur lagi. petangnye Iman tidur dah.
mula lah Iman isi masa lapang dengan voice mail Aunty Chik n Nenek.


Start pujuk Aunty datang rumah Iman😏. memang cair la Aunty Iman. Seronok la Iman Haarith n Hakim dapat jumpa Wan. Ahad ni tak pergi rumah Wan, sebab MKA ada paper waktu petang. boleh pulak MKA tak tahu langsung ibu abah nak buka sama. elok jugak tu, tak kacau fokus MKA nak jawab soalan exam.

Syahidah wassup nak gerak jam 4. tunggu tak sampai jugak, rupanya Mak Andak datang mengurut dengan ibu. Syahidah masak meatball sambal n sayur taugeh.

lepas buka MKA beli roti  nan cheese (pizza Iman) tosei, dan  roti canai. Alhamdullillah.

Monday, May 29, 2017

AGAIN THANK YOU ALLAH

Ya Allah malu segan dengan jiran sebelah, lebih segan dengan Allah sebenarnya.
.
Hari Ahad 28.5.2017 jiran sebelah mama Kak Yanabagi mainan dan toys untuk buah hati mama.
.
  • .replika barbie 2 org + baju
  • replika binatang
  • soft toys
sebab aku belum pulang 2 mangkuk n piring dia. tak tahu nak balas apa sebenarnya
.
semalam  29.5.2017 jiran sebelah bagi vitagen. rezeki anak-anak saya terima kasih Allah.
.
Alhamdullillah lidah saya makin pulih, semalam 'gamble' je gosok lidah(perit jugak) kumur-kumur dengan air garam. makin baik dah.😊

buka puasa

hari pertama 
sahur -  galena
# air
berbuka - Senawang
# ikan cencaru sumbat/ masak kuning nenas ikan masin/ masak kuning pisang muda

hari kedua
sahur -  galena
# air
berbuka - galena
# mee goreng (mama) / kari sotong (papa)/ udang, ayam goreng kunyit/ nasi

hari ketiga
sahur -  galena
# air
berbuka - galena
# ayam goreng/ sayur goreng/ nasi

hari keempat
sahur -  galena
#  telur mata kerbau/ balance lauk udang/ nasi
berbuka - galena
# bihun/ ikan rebus asam/ nasi

hari kelima
sahur -  galena
#  ikan sambal cili besar/ sayur goreng/ nasi
berbuka - galena
# mee goreng/ kuewteow goreng/ nasi ayam/ tepung pelita/ nasi ayam

hari keenam
sahur -  galena
#  nasi goreng  sambal cili besar/
berbuka - galena
# sayur goreng / ayam goreng/ tepung pelita/ nasi

hari ketujuh
sahur -  galena
#  ikan goreng/ nasi
berbuka - rumah mama la
#lemak fucuk suun/ ayam panggang Akmal/ murtabak/ ikan senangin/ bubur lambuk/ bubur barli

hari kelapan
sahur -  galena
#  tak sahur
berbuka - galena
#tak puasa (

hari kesembilan
sahur -  galena
#  nasi/ oat
berbuka - galena ibu abah syahidah datang rumah
# kari ikan/ sayur goreng/ keropok goreng/ meat ball sambal/ sayur goreng/ meehun/ daging (mama tapau/ tapai/ nasi

hari kesepuluh
sahur -  galena
#  kari ikan/ sayur goreng/ keropok goreng/ meat ball sambal/ sayur goreng/ nasi
berbuka - galena
#


Monday, May 22, 2017

THANK YOU ALLAH

Semalam petang MKA yang masak untuk makan malam. kejam? mungkin. kalau saya masak, MKA sure ly duduk saja, buah hati yang cute tu pastinya jadi melawat selalu dapur tu. dan mama diorang akan masak macam raksasa (geram, marah, risau sebab Hakim suka main kat tong gas)
.
bila MKA yang masak saya akan pastikan semua buah hati yang cute ni TIDAK akan masuk dapur. kecuali alasan yang kukuh. jom kita main kat ruang tamu.
.
Al kisahnya semalam, saya tengok buah hati saya baik-baik aja. so saya pun angkut baju kotor terus ke mesin basuh. mesin basuh ni di bahagian luar dapur. sedang saya angkat baju ke dalam mesin dengar Iman panggil, Hakim nangis. ingatkan biasa-biasa je. MKA pun terus masak.
.
Macam lain je suara Iman, saya n MKA lari tengok, rupanya
..
..
Hakim DALAM toto. Haarith yang cute tu duduk atas Hakim. MKA sampai dulu. keluarkan Hakim dari toto, Haarith terus nangis. masing-masing terkejut. MKA datang dan tegur.
.
.
saya peluk Hakim, Haaarith nangis. MKA sambung masak. Hakim kena peluk, goyang-goyang sikit Hakim minta turun. Haarith masih lagi mengongoi. MKA datang peluk Haarith bawa ke dapur, cakap 'baik-baik keadaan tadi bahaya, baby boleh lemas' kejap tu Haarith pun reda.MKA kata Haarith terkejut dan takut kena marah.
.
Saya tangguh dulu basuh baju. jom kita main kat luar pulak. Hakim bertambah ceria, terutama lepas nampak kucing gemok tidur. tak lama pun kat luar, Kak Yana dan mama dia nak keluar, mama Kak Yana tegur Haarith dan Iman.
.
MKA siap masak, kitaorang puan masuk rumah. makan terus menu semalam ayam goreng, bendi rebus dan sambal kering ikan bilis cili api. SEDAP.
.
lepas makan mama Kak Yana bagi 2 set happy meal. Seronok la Iman n Haarith.
.
terima kasih Achik.
.
so malam baru saya settle baju,

Alhmadullillah baju siap sidai, makan malam MKA masak, anak-anak seronok main happy meal set.



Wednesday, May 17, 2017

English

memang saya akui Bahasa Inggeris saya agak kurang power. buat masa ini guna BI untuk bercakap mengenai IHH depan mereka(kira mengumpat terang-terangan)
.
hari ni dapat panggilan, pemanggil guna BI
.
terbalik-balik lidah saya. lepas ni improve lagi BI nye.

😊

Monday, May 15, 2017

BERSYUKUR

Semalam 15.5.17 balik kerja terus panaskan lauk tom yam, sedang panas kan lauk dengar Hakim nangis, rupanya Hakim terjatuh. bertanda dahi n hidung Hakim. tepuk-tepuk belakang badan Hakim, bagi Hakim susu. Alhamdullillah selesai meyusu, Hakim bangun dengan senyuman.
.
Lega nya hati, geram juga sebab MKA berada di bahagian belakang dapur ditangan ada rokok dan handphone dan mata menatap skrin handphone. please tingalkan rokok. apabila saya tinggalkan anak-anak sebentar, tolong teman mereka. Bolehkan....
.
Rasa malas nak cakap banyak, so senyap je. MKA tambah lauk kacang botor. Ya Allah sedapnya. MKA memang pandai masak. terima kasih.
lepas solat Maghrib, MKA ajak keluar ke Texas Chicken. saya cakap ok. niat MKA saya tahu nak gembira kan kami. dengan segera saya siapkan anak-anak nak keluar.
.
riangnya hati 3 budak comel tu, cari tempat untuk makan pusing di Komplks Sukan S2. langsung ke City Park. City Park rupanya buka hingga ke malam. Lepas ni boleh datang City Park lepas maghrib pastu terus ke masjid sebelah tu je.

Balik ke kereta, tudung Iman kena bomb. Di City Park banyak burung gagak.

Balik rumah rehat kejap terus tidur .IHH  pun mudah tidur.

boleh datang lagi sini malam2. orang tak ramai, IHH pun dapat main puas-puas.

Portfolio baru

 Tahun 2023, mula dengan portfolio kerja yang baru. Proses Permohonan Nota Minta & Pesanan Tempatan/ Inden Kerja / Penyediaan Waran Udar...