.
memang perancangan awal nak masuk Iman ke Tadika At Tibyan
.
Tadika At Tibyan
- Satu laluan ke rumah pengasuh dan ke tempat kerja
- Yuran yang berpatutan
- Tadika Islam
namun pagi ni lebih kurang jam 7.30 tadika masih belum buka, banner @ nama tadika pun tiada. Sebelum ini, ada 'bunting' mengenai kewujudan tadika ni. Oleh itu, saya dan MKA beranggapan tadika tersebut ditutup.
.
Seterusnya kami ke
.
Tadika Perpaduan Taman Permai 2
- Berdekatan rumah pengasuh (lepas habis sekolah Iman boleh balik rumah pengasuh)
- Tadika Pak Su Iman, Haarith n Hakim
- Atuk n nenek kata boleh jemput Iman balik (saya elak sebolehnya, mama dan papa dah pencen . Ada aktiviti sendiri. Saya kalau boleh tak ganggu aktiviti mama dan papa saya. terima kasih mama dan papa)
dekat Tadika Perpaduan Taman Permai 2 ni jumpa dengan Puan Rien, ambil borang. MKA kata jom buat salinan dokumen untuk hantar bersama borang. Semasa sedang minum MKA bagi cadangan Tadika Taski ABIM Taman Bukit Chedang.
.
Taski ABIM Taman Bukit Chedang
- Tadika di Bangunan Balai Raya.
- Tadika Islam
tadika ni di Bukit Chedang, sessi pembelajaran pagi hingga tengah hari sahaja. Cikgu taski cadang hantar transit ke Tadika Mutiara Iltizam. MKA cadang jom tengok Tadika Mutiara Iltizam.
.
Tadika Mutiara Iltizam
- Tadika bangunan rumah teres dua tingkat.
- Berdekatan jalan besar
- Aktiviti sekolah yang santai
- Persediaan untuk ke darjah 1
hasil perbincangan dengan walid Iman, mama n walid pilih untuk daftar Iman di Tadika ni.
moga Iman enjoy alam tadika, jadi insan yang berjaya di akhirat dan di dunia
& mudah mama dan walid hantar dan jemput Iman ye sayang.